Showing posts with label KEMENTERIAN PELAJARAN. Show all posts
Showing posts with label KEMENTERIAN PELAJARAN. Show all posts

Saturday, 22 January 2011

PANDUAN MEMOHON KPLI

Panduan Memohon Mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)



Cara memohon untuk mengikuti KPLI ialah :

Dalam talian sahaja (online).

Pemohonan online boleh dibuat melalui laman web http://www.emoe.gov.my. Pemohon digalakkan dan dinasihatkan membaca dahulu e-Panduan Permohonan KPLI dan memahami cara-cara membuat permohonan secara online. Permohonan online hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor PIN yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00. Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan pemohon untuk pembelian nombor PIN ini. Nombor PIN hendaklah dirahsiakan. Sila semak siaran iklan KPLI di akhbar-akhbar tempatan.

Guna nombor PIN yang sama jika ingin membuat pindaan atau perubahan kepada permohonan yang telah dihantar. Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan online KPLI ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada server pangkalan. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Sumber Maklumat: LAMAN WEB KEMENTERIAN PELAJARAN

MTEST - MALAYSIAN TEACHING SELECTION TEST (UJIAN PEMILIHAN GURU UNTUK KPLI)

A:MTeST merupakan singkatan bagi “Malaysian Teacher Selection Test” (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut/ maktab perguruan Malaysia. Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga



B: KOMPONEN DAN TEMPOH MTeST

Terdapat lima komponen dalam MTeST iaitu:

1. Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
2. Analitikal
3. Kuantitatif
4. Verbal (Bahasa Melayu)
5. Bahasa Inggeris


ANALITIKAL

Rasional

Keupayaan analitikal merupakan daya taakulan seseorang yang menjadi asas pembentukan manusia yang saintifik, progresif dan berkeyakinan terhadap kemampuan diri untuk membolehkannya berdaya suai, berwawasan dan berteknologi tinggi.

Objektif

Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang berpotensi serta mempunyai keupayaan analitikal dan logikal.

Format

Komponen ini mengandungi 2 bidang
• Analitikal – 16 soalan
• Logikal – 4 soalan

Jumlah soalan: 20
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan



VERBAL
Rasional
Kemahiran verbal mencakupi aspek komunikasi yang menjadi asas penting bagi setiap individu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Sehubungan itu, seseorang calon guru haruslah menguasai kosa kata yang sempurna serta dapat menghubungkaitkannya melalui komunikasi. Komponen ini akan menilai kemampuan calon menguasai kemahiran tersebut. Penguasaan verbal bertujuan menguji tahap kemahiran menghubung kait, menaakul dan menguasai kosa kata.

Objektif

Komponen ini bertujuan
• mengenal pasti tahap taakulan verbal calon sebagai alat komunikasi;
• mengesan kemampuan calon untuk bertindak secara matang, rasional dan profesional;
• membolehkan calon mengaplikasikan kemahiran verbal secara berkesan.

Format

Komponen verbal mengandungi 3 bidang :
• Analogi – 15 soalan
• Melengkapkan Ayat – 5 soalan
• Kefahaman – 5 soalan

Jumlah soalan: 25
Masa: 30 minit
Bentuk soalan: Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan







*************************************************************************************************************************************

DAPATKAN KERTAS MODEL (CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN) MTEST UNTUK SOALAN KUANTITATIF(MATEMATIK),BAHASA INGGERIS,ANALITIKAL DAN VERBAL SERTA INSAK) – CUMA RM 30.00 TERMASUK BAYARAN POS EXPRESS .

KANDUNGAN BUKU (BUKU SOALAN MTEST-CONTOH SOALAN UNTUK LATIH TUBI) :

1.MENGANDUNGI 500 SOALAN DALAM 20 SET KERTAS MODEL MTEST SOLAN BERSERTA JAWAPAN KUANTITATIF(UNTUK SOALAN MATEMATIK),ANALITIKAL,VERBAL DAN BAHSA INGGERIS)

2.540 SOALAN DALAM 4 SET KERTAS MODEL MTEST UNTUK UJIAN INSAK(SAHSIAH KEGURUAN-JAWAPAN BETUL@SALAH,YA@TIDAK,SETUJU@TIDAK)

3.SEMUA SOALAN YANG DISEDIAKAN DALAM FORMAT PEPERIKSAAN MTEST

4.PANDUAN MENJAWAB SOALAN DAN RUMUS UNTUK SOALAN KUANTITATIF(MATEMATIK) TURUT DISEDIAKAN.

JIKA ANDA BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA SHARIMI MUHAMAD MELALUI EMEL ayeserame@yahoo.com ATAU SMS KE 012-9545810

HARGA CUMA RM 30.00.ANDA BOLEH BANK IN/ONLINE BANKING KE AKAUN MAYBANK (NO AKAUN: 153010339569 NAMA: SHARIMI MUHAMAD) SAYA DAN HANTARKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN (SCAN DAN EMELKAN SLIP BANK) KE ALAMAT EMEL DI ATAS.

TEMPAHAN ANDA AKAN DIHANTAR MELALUI POS EXPRESS KE ALAMAT ANDA.

CEPAT JANGAN KETINGGALAN.SIAPA CEPAT DIA DAPAT

P/S : SILA BAGI ALAMAT LENGKAP UNTUK MEMUDAHKAN BUKU DI POS KEPADA ANDA.

BUKU AKAN SAMPAI KEPADA ANDA DALAM MASA 2 HARI(HARI BEKERJA) PALING AWAL DAN PALING LEWAT 5 HARI(HARI BEKERJA) BERGANTUNG KEPADA LOKASI ANDA.